ROMANA COMPUTER CENTRE adalah syarikat milik perseorangan dan merupakan Pusat Latihan Komputer yang telah ditubuhkan pada 10hb. September 1996 yang dikendalikan sepenuhnya oleh Bumiputera.
Pusat Latihan ini adalah merupakan sebuah Institusi Pendidikan Swasta yang telah berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah Akta Pendidikan 1996 dengan nombor perakaun pendaftaran IPS (097). Pusat Latihan ini juga telah mengadakan kerjasama dengan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dan di bawah kelolaan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Pada masa ini ROMANA COMPUTER CENTRE sedang menyediakan latihan secara khusus dan intensif di dalam kemahiran mengendalikan pakej-pakej komputer terkini berasaskan Windows terutama Microsoft Office, Lotus Smartsuite dan Desktop Publishing kepada pelajar sekolah para lepasan sekolah, kakitangan kerajaan, swasta dan individu.
Di samping itu, pusat ini juga menyediakan perkhidmatan yang lain seperti :-
1. Jualan dan Servis Komputer
2. Typesetting
3. Sewa Komputer dan Internet
4. Jualan Aksesori Komputer
5. Kursus Multimedia (KBSR dan KBSM)
Bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dalam menyediakan latihan kursus komputer di kalangan pelajar sekolah, pusat latihan ini juga bekerjasama dengan Pusat Tutorial Terengganu yang menyediakan kelas tambahan (tuisyen) kepada pelajar sekolah rendah dan menengah. Setakat ini, ROMANA COMPUTER CENTRE telah melatih lebih 900 orang pelajar terdiri daripada pelajar dan lepasan sekolah, kakitangan kerajaan, swasta dan individu.